Monday 18 June 2012

PAMERAN STATIK MHS DIPLOMA sESI 2012/2013


   Pada 6 Jun 2012, PSSCM UTeM telah mengadakan pameran statik bersempena Minggu Haluan Siswa Diploma Sesi 2012/2013. Tujuan pameran ini diadakan untuk pengambilan ahli-ahli baru untuk Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UTeM. Pameran Statik ini telah diadakan di Dewan Besar UTeM. Seramai 13 orang ahli dari PSSM UTeM telah hadir ke pameran tersebut untuk turut serta membantu menjayakan booth PSSCM UTeM. Selain itu, pameran ini bertujuan untuk mendedahkan keistimewaan silat cekak itu sendiri.
       
 
GAMBAR- GAMBAR SEMASA PAMERAN TERSEBUT











Baca selanjutnya "PAMERAN STATIK MHS DIPLOMA sESI 2012/2013"

Friday 25 May 2012

AKTIVITI PSSCM UTEM !!!


 DEBARAN UJIAN SIJIL RENDAH!!!

     Pada 20 Mei 2012, seramai 37 orang pelatih kemahiran daripada cawangan Melaka telah menjalani Ujian Sijil Rendah Zon Selatan Kali Pertama (USR) bahagian praktikal. Tapi, apa yang lebih membanggakan 9 daripadanya ialah ahli daripada PSSCM UTeM. Ujian tersebut telah diadakan di Rumah Persatuan Seni Silat Cekak Cawangan Seremban, Negeri Sembilan. Ujian tersebut bermula pada jam 8.00 pagi. 

     Pada hari ini bersamaan 25 Mei 2012, seramai 9 org tersebut akan menghadapi ujian bahagian Teori di KAYM. Sama-samalah kita mendoakan kejayaan mereka. Semoga mereka lulus serta beroleh kepujian dalam ujian tersebut...

~walhu'alam~ 












Baca selanjutnya "AKTIVITI PSSCM UTEM !!!"

Thursday 27 October 2011

Aktiviti Terdekat PSSCM UTeM !!

Assalamualaikum & salam sejahtera

Setelah beberapa kali mesyuarat dijalankan oleh Ahli Jawatankuasa PSSCM UTeM, maka berikut merupakan aktiviti yang telah dirancang akan dijalankan dalam waktu yang terdekat.


1). Program ke Gunung Ledang kerjasama PSSCM kelas Latihan KYM-I & UTeM





PSSCM UTeM bekerjasama dengan PSSCM Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka(KYM-I) akan mengadakan program bersama ke Gunung Ledang pada 3 Disember - 4 Disember 2011. Pelbagai pengisian menarik telah dirancang dan yang lebih menariknya Encik Rosman Bin Mat Deli (Ketua Penerangan AJK Pusat PSSCM) turut dijemput untuk berkongsi ilmu serta pengalaman dengan ahli-ahli yang menyertai program ini.Yuran penyertaan RM10 sahaja. Pengangkutan disediakan (bas UTeM). Sebarang pertanyaan dan bayaran yuran boleh hubungi terus PIC program ini saudara Akmal atau Saidi.


Bagi yang berminat sila sertakan nama penuh, no matrik, kursus, no telefon dan hostel/umah sewa anda selewat2nya pada 14 nov 2011 (beserta bayaran yuran sekali


2).  Konvokesyen Sijil Rendah PSSCM Zon Timur

Pada bulan 19 November nanti akan berlangsung satu lagi konvensyen sijil rendah PSSCM untuk zon timur. Beberapa ahli UTeM yang telah lulus ujian sijil rendah yang lepas akan ke majlis tersebut untuk menerima Sijil Rendah. Ucapan tahniah diucapkan kepada ahli PSSCM UTeM yang akan menerima Sijil Rendah nanti !!


3). Kejohanan Wajadiri IPT Peringkat Kebangsaan





Pada bulan Februari 2012 nanti akan berlangsung satu program besar peringkat kebangsaan iaitu Kejohanan Wajadiri IPT kebangsaan. Program ini melibatkan semua IPT di seluruh Malaysia dan universiti yang menjadi tuan rumah pada tahun ini ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). UTeM berkemungkinan akan menghantar 2 pasukan demonstasi iaitu dari kategori lelaki dan wanita. Kepada semua ahli tamat yang berminat bolehlah memberi nama kepada saudara Abu Bakar Yahya melalui facebook.


4). Seminar Kecanggihan Teknologi Zaman Kesultanan Melayu Melaka

Satu lagi program besar yang pada mulanya dijadualkan akan berlangsung pada tahun ini ialah Seminar Kecanggihan Teknologi Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Namun program ini terpaksa ditunda ke bulan april tahun hadapan kerana program ini memerlukan persiapan yang teliti. Program ini merupakan program peringkat kebangsaan yang akan melibatkan semua ahli PSSCM seluruh negara, ahli persatuan silat lain dan pelajar UTeM yang mengambil mata pelajaran Hubungan Etnik. Tuan rumah program ini ialah UTeM Melaka. Semoga program ini akan berjaya dilaksanakan. Sokongan dari semua ahli PSSCM UTeM amatlah diperlukan. Bersama bersatu !!



Wassalam~
Baca selanjutnya "Aktiviti Terdekat PSSCM UTeM !!"

Sunday 9 October 2011

Mesyuarat Jawatankuasa PSSCM UTeM Sesi 2011/12 Kali Ke-1

Assalamualaikum 

Pada 2 Oktober 2011 (Ahad), Mesyuarat Jawatankuasa kali Pertama PSSCM UTeM Sesi 2011/2012 telah selamat dilaksanakan bermula pada jam 12.30 tengahari sehingga jam 3.50 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat SCM Technologies, Air Keroh.

Seramai 16 orang ajk dan 2 orang Juruaudit telah disahkan perlantikannya dalam mesyuarat tersebut.

Maka, bermulalah era pentadbiran PSSCM UTeM untuk mengangkat martabat persatuan ini di peringkat universiti dan juga negeri Melaka.

TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada semua AJK yang telah disahkan lantikannya. Tanggungjawab adalah amanah yang perlu ditanggung untuk akhirnya nanti akan dijawab oleh mereka yang menanggung.

Berusahalah demi kemajuan bangsa dan negara seiring agama.
Ahli jawatankuasa yang hadir pada mesyuarat kali ini


Penyelia kelas latihan UTeM, En. Jasmy Fardzy mengetuai mesyuarat pertama PSSCM UTeM


Pelbagai aktiviti dirancang untuk dilaksanakan sepanjang semester ini


Wassalam~
Baca selanjutnya "Mesyuarat Jawatankuasa PSSCM UTeM Sesi 2011/12 Kali Ke-1"

Friday 7 October 2011

Gambar Semasa Kelas Latihan Dijalankan

Assalamualaikum & salam Sejahtera

Berukut adalah gambar-gambar yang diambil semasa berada di kelas latihan. 

Bergambar bersama-sama dengan penyelia kelas latihan Abg. Jasmy Fardzy, penolong penyelia Abg. Syuk, beberapa orang tenaga pengajar, dan ahli-ahli tamat kelas latihan UTeM

Gambar beramai-ramai sebahagian ahli silat cekak kelas latihan UTeM

Semoga PSSCM kelas latihan UTeM akan terus berkembang. InsyaAllah

Wassalam~
Baca selanjutnya "Gambar Semasa Kelas Latihan Dijalankan"